Tuesday, 23 October 2012

Mahkota Dewa



                                                            


Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. macrocarpa

















Pokok Mahkota Dewa amat terkenal di negara Indonesia sebagai satu tanaman ubat. Nama saintifik Phaleria Macrocarpa (Scheff) Boerl.
Kulit dan daun tanaman ini mengandungi alkaloid dan samponin. Herba ini bersifat antibarah, cirit-birit, sakit kulit dan gatal-gatal badan
Antara penyakit yang dapat disembuhkan 
dengan campuran Mahkota Dewa

1.     Kanser & Tumor
2.     Eksim (Penyakit Kulit)
3.     Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4.     Hipertansi (Darah Tinggi)
5.     Hepatitis (Radang Hati)
6.     Reumatik (Sakit Sendi)
7.     Asam Urat (Arthritis Gout)
8.     Penyakit Jantung
9.     Gangguan Ginjal



a. Teknik Rebusan 

Rebus 20 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan tiga gelas air sampai mendidih, Kemudian tunggu sejuk, supaya semua ekstrat yang terkandung di dalam hirisan buah yang telah direbus keluar. Warna air rebusan seeloknya akan berwarna merah . Jika berwarna agak kekuningan atau lebih pucat, itu menunjukkan kandungan air adalah berlebihan, tetapi ia masih boleh digunakan. 

Manakala untuk rebusan daun pula, rebus 3 helai daun dengan segelas air sampai mendidih, tunggu sejuk supaya warna klorofil daun melarut ke dalam air.

b. Teknik Rendam
Rendam 10 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan segelas air panas. Tunggu hingga sejuk, baru minum. Sisa buah rendaman boleh ditambah dengan air panas untuk rendaman seterusnya sehingga habis sari patinya.

Waktu Minum
Waktu yang paling disyorkan untuk meminum air rebusan mahkota dewa adalah sebelah malam sebelum makan. 

Kekerapan Meminum
Bergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.
  
Catatan
-          Bahagian buah terutamanya bijinya beracun, ianya perlu di rebus sebelum memakannya.
-          Ibu hamil dilarang meminum hasil pemprosesan tumbuhan ini.







Sunday, 23 September 2012

PINANG KUNING (YELLOW PALM)

Yellow Palm (pinang kuning)
            
Pinang Kuning (Yellow Palm) merupakan sejenis palma yang banyak ditanam sebagai pokok hiasan kerana keseluruhan pokoknya kelihatan kekuningan. Ini memberi kesan landskap yang menarik bagi sesuatu kawasan samada di taman, kawasan kediaman atau perkarangan dan di dalam bangunan .



Kelebihan:
merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang terbukti berkesan membersihkan dan menyegarkan udara di kediaman.


Jenis-Jenis TOSIK

Terdapat 3 jenis toksik dalam tempat-tempat kediaman yang juga dikenali sebagai `sick building syndrome`.

FORMALDEHYDE - berpunca daripada foam dalam tilam dan kusyen perabut,kayu lapis dalam dinding,perabut-perabut,kertas,beg kertas,kertas tisu,bahan pencuci,permaidani,pakaian dan cadar,langsir dari bahan sintetikdan sebagainya
                                                                
BENZENE - Didapati dalam minyak,pewangi,lotion,syampoo,sabun pembasuh,dakwat,cat dinding pelbagai plastik dan getah.


TRICHLOROETHYLENE- Terdapat dalam pelbagai bahan logam,bahan-bahan
cuci,pelekat,dakwat cetakan dan sebagainya.
Yellow Palm (pinang kuning)

 HARGA PROMOSI RM: 2.00 /poli bag


Kami juga membekalkan pelbagai jenis pokok hiasan,pokok herba,pokok buah-buahan,pasu bunga pelbagai saiz,simen fero (kerusi batu) dan juga baja untuk pelbagai jenis tanaman.

(harga boleh dirunding dengan pembelian secara borong)
simen fero (kerusi batu)



Pelbagai jenis pokok buahan




Sebarang pertanyaan sila hubungi : 
En.FAUZI MOHAMMAD    : 019-9100113
En.RAWI                               : 019-9772477
En.MOHAMMAD YAHYA  : 017-9795337
En.SHAHIDAN                      : 013-9511726